Friday, December 19, 2014

*BENIH ROS UNTUK DIJUAL*

Benih Ros untuk dijual dengan harga yang terendah. Kini dengan 12 jenis warna.. Untuk cara penanaman, boleh refer sini.

Harga benih RM10 untuk satu warna dan RM20 untuk tiga warna. Setiap pek adalah 50 biji.












Sila berhubung terus ke whatapps 0168282136
@ add saya di FB dengan akaun ini.
@ email di vanessa_ting06@yahoo.com
Untuk makluman lanjut. Thanks.




CARA-CARA PENANAMAN MAWAR DARI BENIH

Mawar ataupun lebih dikenali sebagai bunga ros merupakan bunga dari negara yang mempunyai 4 musim. Oleh itu, teknik penanaman ros adalah sedikit berbeza dengan cara tanaman bunga yang berada disekeliling kita. 

PENCAMBAHAN BENIH

  1. Rendam benih dalam larutan hidrogen peroxida(terpulang). Larutan ini boleh mengelakkan pertumbuhan kulat pada benih. Anda juga boleh memilih untuk merendam benih tersebut dengan air biasa. Rendam benih dalam larutan 3%hydrogen peroxida sebanyak 1.5 camca teh ke dalam 1 cawan air(250ml) sekurang2nya sejam. *sapuan sedikit serbuk anti kulat juga boleh menggantikan langkah ini.
  2. Letakkan benih ke atas bahan yang mampu menampung lembapan. Benih ros tidak akan bercambah sekiranya benih tidak diletakkan di tempat yang sejuk dan basah yang menyerupai musim sejuk di negara 4 musim. letakkan benih di atara 2 lapisan bahan yang boleh menyerap lembapan. Contohnya, gambut lumut(peat moss), vermiculite, paper towel, kapas muka dan pasir laut yang tidak bergaram.

  3. Letakkan benih dalam peti sejuk selama beberapa minggu. Pastikan benih dengan bahan lembapan tersebut diletakkan dalam plastik beg yang bertutup rapat atau tray semaian yang tertutup. Letakkan benih di bahagian yang kosong. Elakkan benih bercampur dengan buah-buahan atau sayuran yang boleh merembeskan bahan kimia. ini akan membantutkan pertumbuhan benih kelak.
  4. Pastikan bahan menyerap lembapan tersebut sentiasa lembap. Periksa benih setiap sekali atau dua kali seminggu. Jika keadaan benih hampir kering, titiskan beberapa titik air. bergantung kepada baka benih ros, benih mampu mengambil masa dari 4-16 minggu untuk bercambah. Kadang kala, 70% benih tidak akan bercambah.
  5. Isi bekas dengan medium tanah yang telah disteril. Bekas yang kecil adalah lebih baik, ini kerana tray atau bekas yang kecil memudahkan pertumbuhan akar untuk dipantau. Tanah biasa adalah tidak digalakkan. Ini kerana tanah biasa tidak mempunyai sistem pengairan yang baik.
  6. Tanam benih sejurus benih sudah mula menunjukkan akar. Ini adalah untuk mengelakkan akar rerambut rosak dalam proses perpindahan. Tanamkan akar menghala ke bawah. Masukkan benih ke dalam lubang sedalam 1/4 inch(6mm), 2 inch(5mm) jarak antara benih untuk mengurangkan persaingan. Benih yang telah bercambah mengambil masa seminggu untuk menjadi anak benih.
  7. Pastikan anak benih sentiasa lembap tetapi jangan terlebih siram. Suhu sekeliling dalam 60-70 darjah Fahrenheit(16-21 darjah Celsius). Ini adalah suhu yang ideal bagi hampir semua variasi ros.
  8. Pindahkan anak benih setelah beberapa daun sebenar sudah kelihatan ke pasu tanaman. Adalah lebih baik pindahakan ros setelah akar-akar anak benih kelihatan mengelilingi bekas semaian.
  9. Setelah pokok ros benar-benar stabil sebelum memulakan penyiraman seperti biasa dan juga pembajaan.

rujukan dan sumber gambar dari http://www.wikihow.com/Grow-Roses-from-Seed